Zika Sudah Sampai

Pesanan untuk semua (ihsan Dr. Nurulhusna, IMR)

Pastikan tiada tempat pembiakkan,
>> toilet - tangki flush, tmpt letak berus gigi, tmpt letak sabun, toys anak2 dalam bilik air, bathtub baby, baldi
>> Dapur - bawah singki, bekas tadahan air, alas keringkan pinggan
>> Luar rumah, semua bekas yg menakung air, gutter

2. Jangan tuang air yang mengandungi jentik2 dalam longkang, sila buang atas tanah atau jirus dengar air panas.

3. Nyamuk Aedes suka tmpat gelap dan lembap utk berehat, sembur aerosol bawah katil, bawah meja, rak kasut, belakang almari.

Aerosol ada 2 jenis, flying insect (nyamuk lalat dan serangga yang terbang) & crawling insect( utk lipas). Beli yg flying insect.

Ovitrap (perangkap jentik2 yg digunakan dalam pemantauan/penyelidikan) yang diletakkan di rak kasut tak pernah negatif jentik2 nyamuk Aedes. Sembur aerosol pada rak kasut

4. Pakai pakaian lengan panjang dan cerah dan sila pakai repelen (jika mampu) lagi bagus sbb mampu bertahan lama sikit.

5. Pantau rumah anda, Aedes aktif waktu siang. kalau subuh2 dan senja2 byk nyamuk tu kemungkinan besar ia adalah Aedes.

Cegah sebelum terlambat. 👍

Comments

Popular posts from this blog

Sakitnya Kencing Tak Lawas

Untung Rugi Perniagaan

Amalan yang Bocor