Jom Belajar Berniaga 1


*Credit FB : Nora Azmin

-----------------------

Tadi saya sembang dengan sorang otai underground group saya. Soalan common dia dapat dari newbie adalah..

"Kalau kita dah PM dia, bagi salam tanya nama semua, pastu dia senyap. Nak buat apa ye?"

Biasanya seller akan berhenti kat situ je. Sebab anggap orang tu tak minat. Penat dia bermesra. Akhirnya, krik krik katanya.

Tapi..

Tahu tak, hakikatnya tak semua manusia sama. Ada yang memang suka dibelai-belai sebelum membeli. Ada yang suka straightforward & rimas bila dibelai. Gedik katanya.

So apa nak buat?

Kalau dia sendiri yang suruh PM, pastu kita kasi ayat manis, dia seen je. So kau bagi je la info terus. Kasi je semua khasiat, harga, akaun number bagai-bagai. In a proper manner la of cos.

Kalau dia minat, memang dia akan bank in. Kalau dia tak minat, at least you have done your part.

Jangan pulak menangis di belakang langsir..

"Huhu, dia tak balas salam aku. Dia tak minat beli produk aku. Abesla produk aku ni, takde orang nak beli."

TAK MINAT dengan TAK BALAS adalah 2 perkara berbeza.

Tah ke dia tengah nyusukan anak dia ke, tengah kelentung kelentang goreng ikan ke. Mana nak nyempat dia membalas. Kau buat kerja kau sudahhh..

Kita pegi shopping mall pun sama. Ada certain orang suka di entertain, bajet Anak Sultan la konon.

Ada yang rimas. Seller ikut ke hulu ke hilir dah kenapa? Dia usha barang. Kalau nak beli, dia beli je. Samalah mcm online pun.

Cuba pikir macam ni..

Alang-alang dia dah diam, kalau aku berhenti, KONFEM 100% tak dapat sale. Tapi, kalau aku teruskan, ada PELUANG 50-50 untuk dpt sale.

Kalau dia tak beli, bukannya mati pun. Rilek ahhh..Malaysia kan besar. Go next je. Simple.

U got what i mean?

Comments

Popular posts from this blog

Sakitnya Kencing Tak Lawas

Untung Rugi Perniagaan

Amalan yang Bocor